Home Semasa Proklamasi darurat: Ramai pihak takut, tak berani bersuara – Tun M

Proklamasi darurat: Ramai pihak takut, tak berani bersuara – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bekas Persana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak dalam ketakutan untuk memberi pandangan bahawa pelaksanaan Proklamasi Darurat adalah tidak perlu.

Tun Dr Mahathir menerusi blognya chedet.cc hari ini berkata, mereka takut kerana kerajaan mempunyai kuasa penuh, termasuk denda sebanyak 5 juta dan penjara 10 tahun serta tidak boleh dapat perlindungan undang-undang.

“Ramai mereka yang berpendapat darurat tidak perlu. Mereka sebut beberapa sebab mereka berpendapat demikian,

“Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan, mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka,” katanya dalam tulisan tersebut.

Menurutnya, beliau telah cuba menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh mengambil tindakan sekiranya mereka memberi pendapat mengenai darurat.

“Tetapi mereka tidak berasa senang. Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik, mereka tolak,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Tun M tidak menyatakan dengan terperinci siapakah yang dimaksudkan ‘’mereka’’ yang dimaksudkannya.

Sebelum ini, Tun M berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID-19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, justeru proklamasi darurat tidak diperlukan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply