KUALA LUMPUR, 20 Okt – Hentikan layanan istimewa kepada banduan pembesar yang melakukan jenayah besar, tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) dalam hantaran di media sosialnya berkata, dunia mentertawakan sekiranya banduan berkenaan hadir ke Dewan Rakyat untuk menasihatkan kerajaan bagaimana mentadbir negara.
“Tidak hairanlah huru-hara berlaku dalam negara,” katanya pada Khamis.
Tambahnya, sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan kerana hilang majoriti dan diganti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kenapa kehilangan sokongan, Ismail Sabri tidak letak jawatan dan partinya naikkan Perdana Menteri lain. Tidak perlu bubar Parlimen,” ujarnya.
Pada masa sama, Tun M juga mengesa supaya menghentikan layanan istimewa kepada banduan pembesar sedangkan banduan yang curi RM10 digari dan dipenjara serta merta. – airtimes.my