Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: Kesiagaan anggota jadi keutamaan demi pertahankan negara

Op Benteng: Kesiagaan anggota jadi keutamaan demi pertahankan negara

by Nurulhuda

KEDAH, 21 Jan – Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad menegaskan setiap anggotanya agar perlu sentiasa berwaspada serta peka dalam apa jua keadaaan semasa bertugas.

Tambahnya, setiap anggota perlu lebih berwaspada kerana kehadiran ancaman dan muslihat musuh yang datang akan melalui pelbagai bentuk dan ianya sukar diramal.

Beliau berkata demikian semasa sesi tinjauan ke kawasan operasi di sempadan Malaysia – Thailand, kelmarin.

“Sebagai seorang anggota, kita perlu kekal dengan jati diri yang kukuh demi mempertahankan agama, bangsa dan negara,” tambahnya.

Terdahulu, Arman telah membuat lawatan ke pos-pos sempadan Malaysia – Thailand di Kem Gubir, Marker Hotel, Pos Ban Di Da dan Pos Ban Di Samoe.

Turut hadir, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged), Brigedier Jeneral Khairul Anuar Abdul Aziz.

Selain diaturgerakan di sempadan negara, anggota 2 Div turut ditugaskan dalam Op Penawar membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19 di dalam negara. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply