PUTATAN, 18 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengatur gerak anggota dan asetnya untuk membantu memindahkan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serba Guna Kampung Ketiau ke Dewan Rakyat PPR Sri Keramat, semalam.
Markas Divisyen Kelima Infantri (5 Div) dalam hantaran di media sosialnya berkata, 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) telah mengatur gerakkan seramai 1 pegawai dan 7 anggota lain-lain pangkat (LLP) untuk membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah.
Turut terlibat Pasukan Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukaralewan Malaysia (RELA) diaturgerkan bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terputus jalan perhubungan.
Selain itu, trup anggota tentera juga diaturgerak ke daerah Papar bagi tujuan yang sama.
Menurutnya, turut dilaksanakan dalam pasca banjir di daerah yang terjejas adalah membaiki rumah-rumah penduduk setempat yang rosak.
“Pasukan yang diatur gerak akan sentiasa komited dengan penugasan serta memberi kerjasama kepada agensi awam yang terlibat dan sentiasa bersedia membantu rakyat dalam apa jua situasi yang memerlukan,” katanya. – airtimes.my
Gambar galereri: