Home Semasa 2,593 kes COVID-19, Malaysia sekali lagi catat kes tertinggi

2,593 kes COVID-19, Malaysia sekali lagi catat kes tertinggi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Malaysia hari ini telah mencatatkan kes jangkitan harian COVID-19 yang tertinggi setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 2,563 kes jangkitan baharu dikesan pada hari ini.

Kali terakhir kes tertinggi direkodkan pada 31 Disember dengan 2,525 kes direkodkan.

“Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 965 kes, diikuti Johor sebanyak 571 kes manakala Sabah 405 kes,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan turut menjelaskan angka terbaharu itu merangkumi 4 kes import.

Menurut beliau, jumlah kes aktif adalah sebanyak 24,389 manakala 4 kes kematian direkodkan.

“Seramai 141 pesakit sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 67 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujarnya.

Noor Hisham tidak menolak kadar kebolehjangkitan (Rt, R-Naught) telah melebihi paras 1.0.

“Sehingga 5 Jan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1.07,

“Namun begitu, nilai Rt mungkin telah meningkat kepada 1.2 berdasarkan jumlah kes harian yang mutakhir,” ujarnya.

Angka kritikal Rt adalah 1.60.

Sementara itu, Noor Hisham turut mengesahkan seramai 1,129 pesakit telah disahkan sembuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply