Home Semasa LPT 1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup sementara

LPT 1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup sementara

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=sCnCKiNlpHs[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 di Kilometer (Km) 198 antara Persimpangan Bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Gambang telah dinaiki air sedalam lebih kurang 2 kaki sepanjang 1 Km berikutan hujan lebat yang berterusan.

Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Fazlyaton Hussein dalam satu kenyataan berkata, kesemua lorong ditutup sementara selepas kawasan berkenaan dinaiki air.

“Sehubungan dengan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalanan anda buat sementara waktu,

“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” katanya.

Menurutnya, pengguna dari arah Kuala Lumpur menuju ke Timur diminta untuk berpatah balik di Km 198.4.

“Langkah ini telah dijalankan sejak jam 10 pagi tadi bagi memudahkan pengguna lebuh raya. Sila ikuti arahan petugas dilokasi,” ujarnya.

Manakala Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan pengguna jalan raya dari Terengganu dan Kelantan yang menggunakan Persimpangan Sri Jaya hingga ke Persimpangan Gambang boleh melalui jalan Gua Musang, Raub dan Bentong untuk perjalanan ke Kuala Lumpur. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply