Home Semasa Dah boleh rentas negeri dan daerah, tak perlu kebenaran polis – Ismail Sabri

Dah boleh rentas negeri dan daerah, tak perlu kebenaran polis – Ismail Sabri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tiada sekatan perjalanan antara negeri dan daerah.

Menurut beliau, kebenaran merentas akan bermula pada 7 Disember 2020.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan,

“Ini adalah kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

“Oleh itu, pergerakan merentas negeri tidak lagi memerlukan kebenaran polis,” kata Menteri semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau menambah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berhenti melaksanakan sekatan jalan raya mulai 7 Disember.

“Walaupun tiada sekatan jalan raya, polis akan memberi fokus kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” jelasnya lagi.

Selain itu, Ismail Sabri turut menyatakan bilangan penumpang dalam kenderaan adalah mengikut jumlah kapasiti tempat duduk. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply