Home Semasa PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah sambung 2 minggu lagi

PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah sambung 2 minggu lagi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan.

Tempoh pelanjutan adalah mulai 7 Disember hingga 20 Disember.

Namun begitu, 3 daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor dikecualikan dari pelanjutan PKPB berikutan kes COVID-19 di daerah tersebut adalah terkawal.

“Ini berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sementara itu, PKPB di Putrajaya dan Labuan akan tamatkan mulai esok.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPB di beberapa negeri kecuali daerah-daerah tertentu yang masih mempunyai kes COVID-19 yang tinggi.

Di Johor, PKPB di Mersing ditamatkan manakala Kota Tinggi dilanjutkan sehingga 20 Disember. Selain itu, perintah yang sama turut dikenakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai mulai esok hingga 19 Disember.

Antara negeri yang ditamatkan PKPB adalah Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Namun, penamatan ini tidak melibatkan daerah dan mukim tertentu yang dikenalpasti yang mempunyai kes jangkitan yang tinggi.

Antaranya:

A. Kelantan

  1. Kota Bharu
  2. Pasir Mas
  3. Tanah Merah
  4. Machang

B. Perak

  1. Daerah Kinta
  2. Mukim Teja
  3. Mukim Changkat Jong

C. Pulau Pinang

  1. Mukim 12 Daerah Barat Daya
  2. Mukim 13 Daerah Timur Laut

D. Negeri Sembilan

  1. Port Dickson
  2. Seremban

Menurut Ismail Sabri, kawasan yang ditamatkan PKPB akan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang termaktub di bawah Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply