Home Politik ‘Sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah JASA’ – Anwar Ibrahim

‘Sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah JASA’ – Anwar Ibrahim

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz supaya membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 untuk menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

“(Peruntukan JASA) yang dimasukkan dan peruntukan KPKT 8.6 juta ini, tapi yang ni saya simpati dengan Menteri Kewangan, sebab dia bukan orang politik jadi dia letakkan saja,

“Tapi saya nak beritahu Menteri Kewangan..bila jadi macam ini dibuka, yang kena jawab Menteri Kewangan. Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” kata Anwar dalam sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mencelah bertanyakan adakah Anwar bersetuju, sekiranya meminda dan membatalkan peruntukkan kepada JASA supaya diberikan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang bukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply