Ketika meletak jawatan pada Feb 2020, Tun Mahathir bercadang untuk menjadi Perdana Menteri kerajaan perpaduan (unity government). Beliau perlu mendapatkan semula mandat baru dengan sokngan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Pada masa itu beliau yakin dan percaya akan mendapat sokongan dari ahli parlimen Pakatan Harapan, PAS dan kebanyakan dari UMNO.
Namun apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang. Dipendekkan cerita jawatan Perdana Menteri terlepas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sokongan ahli parlimen PPBM, BN, PAS dan GPS yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Dengan majoriti yang tipis, kerajaan pimpinan Muhyiddin dilihat terlalu rapuh kerana terbukti ketika pengundian pertukaran Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan pengundian bajet tambahan hanya menang dengan majoriti 1 dan 2 undi sahaja. Kesatuan didalam gabungan parti parti yang membentuk Perikatan Nasional dilihat terlalu longgar. Kerajaan Perikatan Nasional dilihat tidak begitu stabil.
Dalam keadaan tidak menentu ini Dato’ Sri Anwar Ibrahim pula mendakwa telah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen melalui akaun bersumpah dan memohon mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membuktikannya. Namun setakat ini setelah diterima mengadap tidak ada apa yang berlaku.
Dalam masa yang sama sebelum itu Tun Mahathir telah mengemukan usul undi tidak percaya terhadapPerdana Menteri, kemudian diikuti usul dari Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa ahli parlimen yang lain.
Usul undi tidak percaya di Parlimen mungkin mengambil masa untuk dibentangkan kerana banyak lagi usul usul penting dari pihak kerajaan yang perlu didahulukan. Namun kemelut dan kegusaran Perdana Menteri belum berakhir kerana belanjawan 2021 akan dibentang pada 6 Nov 2020 dan dikhuatiri tidak mendapat sokongan majoriti.
Perdana Menteri mengambil keputusan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk diperkenan mengisytiharkan darurat. Setelah diperhalusi dan dengan kebijaksanaan YDA, pengisytiharan darurat tidak diperkenan namun baginda menasihati semua ahli parlimen jangan terlalu berpolitik dan menyokong belanjawan yang akan dibentangkan demi mendepani pandemik COVID-19.
Sebelumnya UMNO dilihat kurang berpuashati terhadap kerajaan Perikatan Nasional kerana merasa dikesampingkan dengan diberi peranan yang kecil dalam kerajaan, namun setelah beberapa perbincangan dan mesyuarat khas Majlis Tertinggi telah membuat ketetapan untuk mengadakan gencatan politik dan rekonsilisasi untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Dimasa yang sama mengusulkan semua ahli parlimen UMNO menyokong belanjawan yang bakal dibentang demi menangani pandemik COVID-19 dan mencadangkan beberapa usul yang fokusnya untuk kebajikan rakyat yang terjejas. Setelah pandemik dapat dikawal, pilihanraya umum haruslah diadakan untuk mengakhiri keadaan politik yang tidak stabil ini.
Sementara itu diperhatikan Tun Mahathir nampak peluang keatas agenda dan perjuangannya yang belum selesai iaitu kerajaan perpaduan yang diimpikan dahulu. Tujuannya baik iaitu untuk menstabilkan kemelut politik negara dimana pilihanraya mengejut tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat. Beliau dilihat berjumpa dengan beberapa pemimpin parti termasuk tokoh seperti Tengku Razaleigh.
Persoalannya apakah agenda sebenar Tun Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan mengapakah beliau masih bersungguh dipenghujung usia. Siapakah pula yang akan mengepalai kerajaan perpaduan tersebut, hanya beliau sahaja yang tahu.
Adalah lebih baik kukuhkan kerajaan Perikatan Nasional dengan sokongan semua parti politik. Sekurang-kurangnya sebelum pandemik COVID-19 berakhir.
Kerajaan Perpaduan sebenarnya telah pun wujud dan ianya di nama kan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri nya Tan Sri Muhyiddin Yasin. Seorang peguam kanan mengingatkan saya “think beyond Mahathir and if you don’t want him to play out UMNO out over and over again. “The talk by Mahathir on setting up a unity goverment is just a ploy”. -airtimes.my
Penulis merupakan penganalisis politik dan Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu.
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.