Home PolitikBarisan NasionalAsyraf Wajdi: Kerajaan wajar pertimbang semula benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP

Asyraf Wajdi: Kerajaan wajar pertimbang semula benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP

by Air Times News Network
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon kerajaan untuk mempertimbangkan semula membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau juga memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan semula harapan dan hasrat rakyat yang amat berharap dapat mengeluarkan simpanan dan caruman mereka dalam akaun 1 KWSP.

“Pengeluaran boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya RM5,000 dan boleh ditetapkan had pada RM10,000,

“Hakikatnya, rata-rata rakyat merintih, menyampaikan keluhan serta keresahan mereka betapa perit dan sempitnya kehidupan di tengah-tengah COVID-19 yang memberi kesan langsung terhadap kelangsungan hidup ketika ini,” kata Asyraf menerusi hantaran di media sosial rasminya.

Tambahnya Asyraf, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan sampaikan secara rasmi harapan rakyat kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam masa terdekat.

“Cadangan kami berikan kelonggaran pengeluaran hanya ketika rakyat dihimpit kesusahan ketika ini,

“Pengeluaran juga boleh dibenarkan secara beransur-ansur tidak sekaligus. Apabila situasi kembali pulih, pencarum boleh kembali digalakkan untuk menambah semula caruman mereka,” katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata sukar bagi kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply