Home Pertahanan dan Keselamatan Setahun berbakti di Lubnan, kumpulan ketiga MALBATT 850-7 kembali ke tanah air

Setahun berbakti di Lubnan, kumpulan ketiga MALBATT 850-7 kembali ke tanah air

by Nurulhuda

SUBANG, 31 Okt – Seramai 212 anggota dan pegawai Kumpulan Ketiga Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) selamat tiba di tanah air semalam, selepas berakhirnya operasi penugasan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan.

Ketibaan kumpulan ketiga yang terdiri daripada 11 pegawai dan 186 anggota termasuk 2 pegawai serta 13 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu disambut Asisten Ketua Staf J5, Laksamana Pertama Muhammad Rodhi Ariffin, di Pangkalan Udara Subang, pada jam 5 petang semalam.

Turut hadir, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ATM serta wakil ABDB.

Muhmmad Rodhi yang mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan selamat kembali ke tanah air serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 kumpulan ketiga kerana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien, dan selamat.

“Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kesemua anggota dan pegawai MALBATT 850-7 yang telah menunjukkan kerjasama teguh di antara pasukan pemerhati dari negara-negara lain termasuk angkatan tentera Lubnan dan juga rakyat setempat,” kata Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya.

Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang tiba di Malaysia ini akan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan COVID-19 dan akan bergerak ke MALBATT Village untuk kuarantin wajib selama 14 hari.

Pada 3 Oktober lalu, kumpulan pertama MALBAT 850-7 yang diketuai oleh Mejar Ahmad Basri Abdullah telah selamat pulang ke tanah air stelah setahun menabur bakti di bumi Lubnan.

Pada Khamis lalu, kumpulan ketiga MALBATT 850-8 telah berlepas ke Lubnan bagi meneruskan kesinambungan misi UNIFIL.

MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL dan ditempatkan di Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin. Kotinjen ini akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan. – airtimes.my

Geleri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply