KUALA LUMPUR, 30 Okt – Jumlah kes jangkitan baharu wabak pandemik COVID-19 di negara kembali kepada 3 angka pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 799 kes baharu dilaporkan pada hari ini dan pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes postif wabak berkanaan di negara adalah sebanyak 30,889 kes.
Beliau menjelaskan, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 466 kes pada hari ini, manakala Lembah Klang pula mencatatkan 170 kes daripada keseluruhan kes.
“Sebanyak 126 kes dikesan daripada kluster-kluster yang sedia ada, termasuk 70 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rumah Merah, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan,
“193 kes pula dikesan daripada saringan kontrak rapat kes positif COVID-19 dan 147 kes daripada lain-lain saringan di sekitar Sabah,
“Manakala, sebanyak 29 berkaitan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Kluster Penjara Reman (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes) dan Kluster Tembok (3 kes),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, pada hari ini.
Menurutnya, terdapat 90 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit rawatan rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, sebanyak 491 kes telah pulih daripada COVID-19 dan 3 kes kematian dicatatkan pada hari ini.
“Kes kematian ke-247 melibatkan seorang lelaki warga emas yang mempunyai penyakit darah tinggi. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,
“Bagi kes-248 pula, pesakit merupakan kes positif COVID-19 ke-29,786 , meninggal dunia di Hospitau Tawau,
“Manakala kes kematian ke-249 melibatkan seorang wanita yang disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan,” tambahnya.
Dr Noor Hisham turut menjelaskan pertambahan 8 klsuter baharu dikesan pada hari ini.
Sehingga hari ini, seramai 20,284 kes pesakit COVID-19 di negara ini telah pulih sepenuhnya, manakala angka kematian meningkat kepada 249 kes. – airtimes.my