Home Semasa COVID-19: 3 lagi kluster baharu dikesan

COVID-19: 3 lagi kluster baharu dikesan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 3 lagi kluster baharu yang dikesan di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 3 kluster itu adalah Kluster Kapor, Kluster Hampar dan Kluster Penjara Tapah.

Menurutnya, Kluster Kapor dikesan di Kudat, Sabah yang membabitkan, saringan dalam komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor dan sehingga kini sudah menjangkiti 46 individu.

“Sehingga hari ini, seramai 127 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 (30 kes baharu) dan 18 masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Bagi kluster kedua pula, Kluster Hampar yang dikesan di daerah Rembau, Negeri Sembilan telah dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukan ke Hospital Rembau.

“Saringan kontrak rapat telah mengenal pasti 4 lagi kes positif COVID-19,

“5 kes telah dikesan COVID-19 (4 kes baharu). Seramai 96 individu dikesan negatif dan 477 masih menunggu keputusan,” tambahnya.

Kluster Penjara Tapah, dikesan di Batang Padang, Perak telah menjangkiti 11 individu hasil saringan yang dijalankan di Penjara Tapah bermula dari 12 Oktober 2020.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 4 lagi kes positif COVID-19,

“11 kes dikesan positif COVID-19 iaitu 4 kes baharu, manakala 1,820 individu disahkan negatif dan 437 masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Sehingga tengah hari tadi, Dr Noor Hisham menjelaskan sebanyak 1,240 kes telah direkodkan pada hari ini dan 36 kluster yang masih aktif di dalam negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply