Home Semasa COVID-19: 865 kes, 2 kluster baharu dicatatkan hari ini⠀

COVID-19: 865 kes, 2 kluster baharu dicatatkan hari ini⠀

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 19 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, Sabah terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 643 kes positif COVID-19 pada hari ini.

Beliau berkata, pengesanan kes baharu tersebut adalah hasil ujian saringan yang dibuat oleh makmal di Sabah dan yang telah dihantar ke Semenanjung Malaysia.

“Daripada 643 kes yang dikesan, sebanyak 183 kes dilaporkan melalui proses pengesanan dari kluster-kluster yang sedia ada, manakala 117 dikesan melalui lain-lain saringan COVID-19 yang dijalankan di Sabah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, pada hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 7 kes import telah direkodkan melibatkan 3 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara.

“Daripada 858 kes penularan di dalam negara pula, 767 kes adalah warganegara Malaysia dan 91 kes adalah bukan warganegara,

“5 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 448 kes.

“Seramai 455 pesakit telah disahkan pulih pada hari ini,” tambahnya.

Sementara itu, terdapat 3 kes kematian direkodkan. Kesemua kes melibatkan pesakit di Sabah dan salah seorang daripadanya mempunyai masalah kesihatan.⠀

“Kes kematian ke-188 merupakan seorang lelaki berumur 85 tahun yang disahkan meninggal di Hospital Tawau,

“Kes kematian ke-189 melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang kencing manis,

“Kes kematian ke-190 pula melibatkan seorang wanita berumur 70 tahun di Hsopital Duchess of Kent, Sabah,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Noor Hisham turut mengesahkan terdapat pertambahan 2 kluster baharu iaitu di daerah Hulu Langat, Selangor dan Alor Gajah, Melaka.

“Kluster Hentian melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18664) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020,

“Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Hasil saringan kontak rapat telah mengenal pasti 7 lagi kes positif COVID-19 dan 120 masih menunggu keputusan,

“Bagi Klsuter Bukit yang melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka telah menjangkiti 15 individu, 73 disahkan negatif dan seorang masih menunggu keputusan,” katanya.

Sehingga kini, seramai 21,363 orang telah disahkan menghidap wabak pandemik yang membawa maut itu. Jumlah keseluruhan pesakit sembuh adalah 13,717 kes dan bilangan kes kematian telah meningkat kepada 190. – airtimes.my⠀

 

Related Articles

Leave a Reply