Home Semasa Bertenang, esok tiada perhimpunan di Istana Negara – Saifuddin

Bertenang, esok tiada perhimpunan di Istana Negara – Saifuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengadakan perhimpunan sempena presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata semua anggota PKR diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

“Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang semasa majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu,

“PKR mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik COVID-19 menular,” katanya.

Esok, Anwar dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mempersembahkan senarai bilangan Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply