Home Semasa Bukit Aman tangguh ambil keterangan Anwar

Bukit Aman tangguh ambil keterangan Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung laporan polis berkaitan penyebaran senarai nama Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, Anwar diminta hadir hari ini pada jam 11 pagi tadi, namun Setiausaha Sulitnya memaklumkan Anwar hanya dapat hadir pada 13 Oktober pada jam 9 pagi.

“Justeru, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir menjelaskan, setakat ini PDRM menerima 6 laporan polis dan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan yang tersebar luas di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Polis menegaskan kepada orang ramai supaya tidak gusar dengan penyebaran berita berkenaan dan menasihatkan supaya tidak tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya,

“Pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu dan tidak sahih serta boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.

Anwar dijadualkan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah esok (13 Oktober 2020). –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?