Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 11 RAMD cekup 4 PATI cuba pulang ke Indonesia

11 RAMD cekup 4 PATI cuba pulang ke Indonesia

by Nurulhuda

SARAWAK, 8 Okt – Hasrat 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke negara asal tidak kesampaian selepas mereka ditahan oleh anggota dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) di Kampung Rasso jarak 500 meter dari Sempadan Malaysia – Indonesia, semalam.

Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (Mk 3 Bgd) dalam kenyataan berkata, keempat-empat PATI yang terdiri daripada 3 lelaki dan 1 wanita itu ditahan pada jam 6 petang semasa anggota 11 RAMD sedang melaksanakan Op Awas/Keris Parang di persempadanan Sarawak dan Kalimatan Barat (KALBAR).

“Sekitar jam 6 petang, kelihatan 3 lelaki dan 1 perempuan yang disyaki PATI dalam keadaan mencurigakan tergesa-gesa meluru dari laluan bukit menghala ke sempadan Malaysia-Indonesia dengan kenderaan 3 buah motorsikal,

“Setelah disoal siasat, PATI yang ditahan dipercayai ingin pulang ke Indonesia. Setelah diperiksa, kesemua PATI didapati bersalah kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan pemilikan kenderaan yang sah merentasi sempadan,” menurut kenyataan itu.

3 buah telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM3,400.00 yang dirampas ketika penahanan dilakukan. Foto: Markas 3 Briged.

Anggota operasi turut merampas 3 buah telefon bimbit, 3 buah motorsikal dan sejumlah wang tunai bernilai RM 3,400.00.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM17,400.00,

“PATI dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke IPD Lundu untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply