Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: ATM tahan tekong, 3 PATI Indonesia di Kota Tinggi

Op Benteng: ATM tahan tekong, 3 PATI Indonesia di Kota Tinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan seorang tekong warga tempatan bersama 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia menerusi Op Benteng di Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mereka telah ditahan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada jam 12.20 awal pagi tadi.

“Semasa rondaan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF) sekitar Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil
telah melihat sebuah kenderaan Toyota Hilux mencurigakan diletakkan di bahu jalan sekitar jam 12
malam,

“Hasil soal siasat mendapati pemandu tersebut yang merupakan warga tempatan berbangsa cina
berusia 32 tahun sedang menunggu PATI di lokasi berhampiran,” katanya.

Susulan itu, Tim QRF bertindak mengarahkan pemandu tersebut menunjukkan lokasi tersebut.

“Setelah penjejakan dibuat, seramai 3 PATI Indonesia berusia sekitar 31 hingga 57 tahun berjaya ditahan di lokasi Ladang Belukar Durian, Sedili Kechil sekitar jam 12.30 awal pagi tadi,

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk dibuat pemeriksaan
dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,” ujarnya.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sedili.

“Jumlah rampasan dianggarkan bernilai keseluruhan RM 73,750.56 melibatkan kenderaan jenis
Toyota Hilux, telefon bimbit dan wang tunai,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply