Home Semasa COVID-19: 287 kes, tertinggi dalam sejarah

COVID-19: 287 kes, tertinggi dalam sejarah

by M.Daim

PUTRAJAYA, 2 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini sebanyak 287 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dikesan.

Angka tersebut merupakan tertinggi dalam sejarah wabak COVID-19 di negara. Kali terakhir kes harian tertinggi dicatatkan adalah pada 4 Jun dengan 277 kes.

Beliau menambah, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan telah meningkat kepada 1,540.

“Kesemua kes ini melibatkan penularan tempatan,” katanya semasa Sidang Media Khas COVID-19, hari ini.

Beliau menambah, trend peningkatan kes COVID-19 yang berlaku adalah sesuatu yang membimbangkan.

Sementara itu, Kedah telah mencatatkan 129 kes manakala Sabah 113 kes.

Selain itu, terdapat 2 kluster baharu telah dikesan di Selangor yang melibatkan individu mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Kluster yang dikenalpasti ialah Kluster Seri Setia di Gombak dan Seri Anggerik di Hulu Selangor.

Pada masa yang sama, tiada kes kematian direkodkan manakala seramai 81 pesakit disahkan sembuh. Seramai 22 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 4 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga hari ini, seramai 11,771 pesakit telah disahkan dijangkiti oleh wabak itu dengan 10,095 disahkan sembuh.  Angka kematian kekal 136 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply