Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat kepung Kompleks Sukan Tawau, kekang penularan COVID-19

Tentera Darat kepung Kompleks Sukan Tawau, kekang penularan COVID-19

by Nurulhuda

TAWAU, 15 Sept – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah dengan memasang kawat duri di Pusat Kurantin COVID-19 di Kompleks Sukan Tawau, pada Ahad.

Pemasangan tersebut adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPDP) yang telah dilaksanakan pada 11 September lalu di kawasan Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan.

TDM dalam kenyataan berkata, pemasangan concertina wire itu telah dilakukan oleh anggota pasukan Batalion ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) Tawau pada 13 Sep lalu.

Pemasangan concertina wire telah dilakukan oleh anggota pasukan Batalion ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) Tawau pada 13 Sep lalu. Foto: TDM

“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau telah melaksanakan beberapa usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang telah menular dikalangan banduan, kakitangan dan keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Tawau.

“Bagi menampung keperluan akibat penularan jangkitan COVID-19 yang tidak dijangka di kalangan banduan tersebut, PKOB Tawau telah menubuhkan wad tambahan kepada Hospital Tawau iaitu di Dewan Kompleks Sukan Tawau,

“Dan terdapat keperluan untuk memasang concertina wire serta kawalan keselamatan dari pihak ATM bagi membendung wabak COVID-19 daripada merebak,” jelasnya dalam hantaran di Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia, semalam.

Menurutnya, penugasan bantuan kawalan keselamatan yang bermula pada 14 Sep 20 itu melibatkan seorang Pegawai dan 27 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

 

Kawalan keselamatan dari anggota Angkatan Tentera Malaysia turut di dilaksanakan di Kompleks Sukan Tawau. Foto: TDM

PKPDP di kawasan penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan dilaksanakan ekoran peningkatan kes positif COVID-19 yang melibatkan banduan, anggota petugas dan ahli keluarga Jabatan Penjara Tawau.

Sehingga semalam, seramai 3,981 individu telah disaring di Tawau, di mana 331 kes dikesan positif COVID-19. Manakala, 907 individu disahkan negatif serta 425 masih menunggu keputusan saringan tersebut. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply