Home Politik Pendaftaran Perikatan Nasional telah diluluskan pada 7 Ogos – RoS

Pendaftaran Perikatan Nasional telah diluluskan pada 7 Ogos – RoS

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 15 Sept – Parti Perikatan Nasional (PN) telah didaftarkan melalui pengeluaran sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan berkuatkuasa pada 7 Ogos lalu.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam kenyataan berkata kelulusan pendaftaran itu di bawah kategori politik selaras dengan dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Menurutnya, sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada PN sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan.

“Sijil pendaftaran, logo parti dan perlembagaan parti telah ditandatangani dan dikemukakan kepada PN sebaik sahaja pendaftaran parti diluluskan,

“Sehubungan itu, RoS sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang menyatakan “Perikatan Nasional Tiada Rekod Daftar Parti” adalah tidak berasas sama sekali,” kata kenyataan itu semalam.

Jelasnya, dakwaan yang menyatakan bahawa maklumat kelulusan PN tidak terdapat dalam sistem RoS adalah tidak benar kerana sistem di laman sesawang RoS bagi kelulusan sesebuah pertubuhan adalah dikemaskini secara automatik setiap 2 bulan.

“Kelulusan PN hanya akan tertera dalam carian umum laman sesawang RoS pada awal Oktober ini,

“Ini memandangkan PN diluluskan pada Ogos 2020,” katanya.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada carian khusus dalam sistem pertubuhan eROSES ia akan jelas memaparkan PN diluluskan pada 7 Ogos.

“Maklumat parti yang terdapat dalam sistem eROSES hanya boleh diakses oleh Setiausaha Parti tersebut sahaja,” ujarnya.

Sebelum itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendedahkan bawa PN tiada rekod pendaftaran sebagai sebuah parti politik menerusi semakan di laman sesawang RoS. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply