Home Semasa COVID-19: PATI Filipina pencetus kluster baharu di Kunak

COVID-19: PATI Filipina pencetus kluster baharu di Kunak

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan kewujudan satu kluster baharu di Kunak, Sabah.

Kluster yang dikenali sebagai Kluster Laut ini adalah berpunca daripada seorang PATI yang kembali menyusup ke negara ini walaupun telah dihantar pulang pada akhir Ogos lalu.

“Pada 5 September, kes telah menyusup semula ke negara ini untuk melawat Isterinya di hospital. Isteri kes telah dikesan positif COVID-19 pada 8 September semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,

“PATI terbabit telah menjangkiti anak dan jirannya,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kluster terbabit telah mencatatkan 4 kes dan aktiviti pengesanan aktif giat dijalankan di Pekan Kunak.

Sementara itu, Kluster Benteng Lahad Datu telah mencatatkan pertambahan 44 kes dengan 21 daripadanya adalah bukan warganegara.

Kluster Sungai di Kedah pula mencatatkan 5 kes baharu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan sebanyak 58 kes jangkitan baharu dan 8 kes pulih pada hari ini.

Sehingga hari ini, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 9,868 kes jangkitan COVID-19 dan 9,189 kes sembuh. Angka kematian adalah kekal pada paras 128. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply