Home Pertahanan dan Keselamatan 108 PATI dan penyeludup ditahan dalam Op Benteng

108 PATI dan penyeludup ditahan dalam Op Benteng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pasukan petugas National Task Force (NTF) telah berjaya menahan seramai 108 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) itu turut merampas sebuah bot dan 2 kenderaan darat dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 78 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM yang elah melakukan 15 SJR, PDRM (53 SJR) dan AKSEM ( SJR).

Ismail Sabri berkata, operasi ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply