Home Semasa Usul tidak percaya: Kembalikan semula hak rakyat – Tun Mahathir

Usul tidak percaya: Kembalikan semula hak rakyat – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyiarkan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman sosial dan blognya setelah gagal mengemukakan usul itu di Dewan Rakyat.

Tun Mahathir berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menetapkan usul tersebut tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan meletakan 2 kali usul itu di akhir sidang dewan.

“Usul kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan,

“Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai,” kata Tun Mahathir.

Dalam usul itu, Tun Mahathir menejelaskan sebab utama usul tersebut dikemukakan termasuk tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpihak kepada UMNO dan PAS dalam menentang Pakatan Harapan yang didakwa ‘menghancurkan orang Melayu’.

Beliau berkata, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tanpa Pilihan Raya Umum (PRU) adalah mencabul sistem dan aturan peraturan dalam Perlembagaan Negara.

“Cara ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa melalui PRU rakyat dapat bentuk Kerajaan pilihan mereka. Yang jelas ialah suara rakyat tidak mempunyai nilai di Malaysia lagi,

“Apa gunanya PRU jika yang ditolak oleh rakyat boleh mendirikan Kerajaan, dan yang dipilih oleh mereka dijatuhkan dengan penipuan,

“Inilah sebab utama yang saya kemukakan usul tidak percaya kepada Tan Sri dari Pagoh sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Tun Mahathir, kerajaan Perikan Nasional di bawah pimpinan Muhyidin telah merampas hak rakyat yang telah mengundi pada PRU yang lalu.

“Seperti yang Tan Sri sendiri mengaku Kerajaan Tan Sri bukanlah Kerajaan pilihan rakyat. Ia adalah hasil dari penipuan terhadap rakyat yang bersusah payah datang dari jauh dan dekat untuk mengundi,

“Kita tidak perlu undang-undang untuk menghalang penipuan seperti ini. Kita harap orang politik di Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan menolak rasuah dan penipuan,

“Jika tidak, maka akan hancurlah negara kerana akan diperintah oleh penyangak dan penyamun,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar Kerajaan Nasional menyerah semula kuasa kepada yang lebih berhak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply