Home Semasa Bekalan air di 7 wilayah pulih sepenuhnya

Bekalan air di 7 wilayah pulih sepenuhnya

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kesemua kawasan di 7 wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Logi Rawatan Air Selangor Fasa 1, 2 , 3 dan Rantau Panjang pada Khamis lalu, kini pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata, 7 wilayah itu merangkumi Wilayah Klang/Shah Alam; Petaling; Kuala Langat; Hulu Selangor; Kuala Selangor; Gombak; dan Kuala Lumpur.

“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,

“Sentiasa gunakan air secara berhemah,”katanya.

Elina menyarankan para pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor untuk informasi terkini bekalan air.

“Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, atau melayari www.airselangor.com untuk pertanyaan serta bantuan,” tambahnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply