Home Semasa COVID-19: 100 kes baharu dalam tempoh 24 jam

COVID-19: 100 kes baharu dalam tempoh 24 jam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah penularan wabak pandemik COVID-19 hari melonjak kepada 100 kes baharu setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan 13 bukan warganegara.

“15 kes import tersebut adalah dari negara India (6 kes di Selangor, 4 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Negeri Sembilan); Indonesia (2 kes di Selangor); Pakistan (1 kes di Selangor) dan Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur),

“Daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini.

Menurutnya perincian kes adalah seperti berikut yang membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah dengan 62 kes, Kluster Sungai di Kedah sebanyak 22 kes dan dari kluster sama di Perlis 1 kes.

“Sehingga kini, terdapat 7 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 4 kes memerlukan bantuan pernafasan,

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 295 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply