Home Politik Baru masuk BERSATU, kini Azmin dan Zuraida dilantik ahli MPT

Baru masuk BERSATU, kini Azmin dan Zuraida dilantik ahli MPT

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pelantikan tersebut telah dibuat oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi mesyuarat MPT yang diadakan pada 7 Sept 2020.

Selain itu, Muyiddin turut melantik 4 lagi ahli MPT yang baharu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang sebelum ini tewas pada pemilihan jawatan Naib Presiden.

Turut dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Muyhiddin turut melantik Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan BERSATU yang baharu menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, yang kini memegang portfolio Pengerusi Biro Latihan & Pengkaderan.

“Mesyuarat MPT juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bagi tujuan meneliti dan mengkaji Perlembagaan Parti BERSATU,” kata Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga melantik Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) seperti berikut:

Perlis

Ketua: Datuk Seri Hamzah Zainudin

Kedah

Ketua: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

Timbalan Ketua: Mohd Taufiq Yaacob

Perak

Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Ketua: Mohader Ahmad Mohd Ayob

Pulau Pinang

Ketua: Datuk Shabudin Yahaya

Timbalan Ketua: Zulkefli Bakar

Selangor

Ketua: Datuk Abdul Rashid Asari

Wilayah Persekutuan

Ketua: Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya

Negeri Sembilan

Ketua: Datuk Eddin Syazlee Shith

Melaka

Ketua: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Timbalan Ketua: Dr Mohd Yadzil Yaakub

Pahang

Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Ketua: Mohd Yazid Yunus

Kelantan

Ketua: Datuk Kamarudin Md Nor

Terengganu

Ketua: Senator Datuk Razali Idris

Timbalan Ketua: Datuk Rosol Wahid

Johor

Ketua: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sabah

Ketua: Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Timbalan Ketua: Datuk Seri Masidi Manjun

Sarawak

Ketua: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Timbalan Ketua: Datuk Joham Mohamad

Selain daripada itu, mesyuarat MPT tersebut juga telah membuat ketetapan pelantikan Pengerusi Biro BERSATU seperti berikut:

Biro Politik: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biro Pengurusan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Biro Pilihan Raya dan Kajian: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Biro Latihan dan Perkaderan: Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin

Biro Penambahan Ahli dan Cawangan: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Biro Agama: Datuk Shabudin Yahaya

Biro Ekonomi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Biro Antarabangsa: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Related Articles

Leave a Reply