Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
OP Benteng: 3,317 PATI, 629 tekong ditahan cuba ceroboh sempadan negara – Air Times News Network
Home Semasa OP Benteng: 3,317 PATI, 629 tekong ditahan cuba ceroboh sempadan negara

OP Benteng: 3,317 PATI, 629 tekong ditahan cuba ceroboh sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 ogos – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan seramai 3,137 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 629 tekong telah ditahan ketika cuba menceroboh sempadan negara sepanjang Operasi Benteng dilaksanakan.

Beliau berkata, operasi tersebut turut menyaksikan seramai 167 penyeludup telah ditahan semenjak 1 Mei sehingga semalam.

“Turut ditahan adalah 126 bot dan kapal serta 314 kenderaan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan sebanyak 77 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dan memeriksa 35,520 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menahan 14 warganegara asing dalam sekatan tersebut di atas kesalahan Imigresen,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menegaskan jumlah besar individu yang ditahan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menunjukkan ketegasan PDRM dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan semasa menghadapi wabak COVID-19.

“Polis telah menahan 184 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 49 orang telah direman dan 135 dikenakan kompaun,

“Jumlah besar yang dikenakan tindakan ini menunjukkan masih ramai di kalangan masyarakat yang ingkar terhadap pematuhan SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan,”jelasnya lagi.-airtimes

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?