if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan KAGAT anjurkan program solat di medan perang besar-besaran akhir tahun ini

KAGAT anjurkan program solat di medan perang besar-besaran akhir tahun ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat hari ini berkata satu program praktikal Solat Khauf (Solat di medan perang) besar-besaran akan diadakan pada hujung tahun ini.

Menurut beliau, program ini akan melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Program yang diadakan secara besar-besaran ini adalah melibatkan simulasi solat di medan perang dengan lebih terperinci kepada peserta kursus,

“Kita pernah mengeluarkan buku panduan dan dokumentari tata cara melaksanakan ibadah tersebut sebelum ini,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Penghargaan bersempena persaraan beliau di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Menurutnya, program di ini akan dijalankan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI), Port Dickson.

Beliau menambah, KAGAT telah mengadakan banyak program keagamaan khusus untuk anggota tentera.

“Kita tubuhkan pusat rawatan Islam dan membuat program-program keagamaan dengan kerjasama jabatan agama peringkat Wilayah dan negeri,

“Selain itu, ATM telah menubuhkan tabung zakat sebagai kemudahan kepada anggota tentera,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan wang kutipan zakat dari tabung itu turut digunakan bagi membantu anggota tentera yang berkelayakan untuk menerima bantuan.

Kamaruddin akan bersara pada 29 Ogos ini. Beliau telah berkhidmat dalam ATM selama 34 tahun dan pernah menjadi Penasihat Agama Menteri Pertahanan pada tahun 2011 hingga 2014. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply