if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kerajaan akan pantau perkembangan vaksin COVID-19 dari Rusia

Kerajaan akan pantau perkembangan vaksin COVID-19 dari Rusia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Timbalan Menteri Kesihatan 2, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan perkembangan kesan penggunaan vaksin COVID-19 dari Rusia, Sputnik V.

“Vaksin ini masih belum ada bukti sainstifik secara bercetak bahawa ianya adalah selamat dan boleh digunakan,

“Kita akan memantau kesan penggunaan vaksin ini,” kata Timbalan Menteri Kesihatan 2 ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa yang sama, Aaron menyatakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) untuk mencari vaksin untuk wabak itu.

“Kerjasama ini turut melibatkan dengan pihak negara luar,” ujarnya.

Isnin lalu, Presiden Rusia, Valdimir Putin mengumumkan kejayaan mereka untuk menghasilkan vaksin COVID-19. Negara itu dijangka akan memulakan pengeluaran Sputnik-V mulai September ini dan telah menerima tempahan lebih 1 bilion dos dari 20 buah negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Russian Direct Investment Fund (RDIF) berkata, ujian klinikal akan dijalankan di Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Brazil dan Filipina.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum menyatakan sebarang minat untuk menyertai ujian klinikal vaksin itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply