Home Pertahanan dan Keselamatan Nur Misuari beri pelindungan kepada dalang penculikan di perairan Sabah

Nur Misuari beri pelindungan kepada dalang penculikan di perairan Sabah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Kumpulan Penculikan Abu Sayyaf, Idang Susukan dilaporkan telah diberikan pelindungan oleh Nur Misuari di Davao City, baru-baru ini.

Idang merupakan antara senarai 21 individu dikehendaki yang dikeluarkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kerana terlibat dengan kegiatan jenayah rentas sempadan.

Media Filipina, Inquirer memetik laporan sumber perisikan berkata, Idang ditemui bergerak bebas di Davao City dan turut berjumpa dengan pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari.

Menurut laporan tersebut, penjenayah terbabit bebas bergerak di kawsan tersebut selepas menyerah diri kepada Misuari pada April lalu.

Idang turut dilaporkan kehilangan tangan kiri akibat kesan pertempuran di Jolo pada akhir tahun lalu.

“Walaupun penyerahan tersebut tidak menawarkan sebarang pengampunan, Idang masih lai dalam perlindungan MNLF di kem mereka di Pulau Jolo,” kata laporan itu.

Idang merupakan antara dalang kes penculikan di Sabah semenjak tahun 2014.

Antara kes yang didalangi oleh beliau ialah kes penculikan di Resort Singamata, Semporna; penculikan rakyat China di ladang ikan, Lahad Datu (2014); penculikan rakyat Malaysia di Kunak (2014); dan penculikan di Ocean King Seafood Restaurant (2015).

Idang turut terlibat dalam pembunuhan seorang rakyat Sarawak, Bernard Then pada 17 November 2015.

Davao City merupakan bandar kelahiran Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply