Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Radar AV8 Gempita kesan 5 PATI Indonesia cuba lolos keluar sempadan negara

Radar AV8 Gempita kesan 5 PATI Indonesia cuba lolos keluar sempadan negara

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengesan 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menggunakan Sistem Pengesanan Radar kenderaan perisai AV8 Gempita yang cuba melolosi sempadan negara awal padi tadi.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata hasil maklumat tersebut, pasukan Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) yang diketuai Kapten Norhisham Iswandy dari Pos Tanjung Sepang telah berjaya menangkap 5 PATI warga Indonesia.

Menurutnya, tangkapan dibuat pada jam 4 pagi itu adalah lelaki berusia antara 23 hingga 40 tahun.

“Pasukan bertindak hasil maklumat dari Sistem Pengawasan Radar Kenderaan Perisai AV8 Gempita oleh Rejimen Kedua Kor Amor Diraja (2 KAD) telah mengesan sebuah bot menghampiri Kampung Gambut Punggai, Kota Tinggi,

“Susulan itu, sepasukan anggota 61 RAD digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar Kampung Punggai dan telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan di jarak 50 meter dari pantai dipercayai digunakan untuk membawa PATI,

“Hasil pemeriksaan telah berjaya menahan 5 PATI yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak dipercayai sedang menunggu untuk menaiki bot tersebut,” katanya kenyataan itu.

Turut dirampas, 7 telefon bimbit, wang tunai RM1,550 dan mata wang Indonesia berjumlah 21 juta Rupiah (RM6,236) daripada suspek.

Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM12,000.

“Kesemua PATI yang ditangkap diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian saringan Covid-19,

“Usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan Tim Dron daripada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP),” ujarnya. – airtimes.my

5 PATI Indonesia ditahan oleh anggota tentera dari 61 RAD. Foto – Mk 3 Div

 

Related Articles

Leave a Reply