Home Semasa TNB perlu beri potongan bil letrik 50% sepanjang tempoh PKP – MCCF

TNB perlu beri potongan bil letrik 50% sepanjang tempoh PKP – MCCF

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) hari ini menegaskan bahawa diskaun sebanyak 50 peratus harus diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Halim Ishak berkata isu bil letrik yang sedang hangat di perkatakan oleh rakyat di media sosial adalah perkara serius yang perlu difokuskan oleh pihak kerajaan dan TNB.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dekat di hati rakyat sewajarnya mengambil kira cadangan tersebut setelah rakyat Malaysia akur dengan perintah dan terpaksa ‘berkurung’ di rumah masing-masing sepanjang tiga bulan PKP,

“Ini sudah tentu mengakibatkan pengunaan letrik di rumah akan meningkat kerana pengunaan peralatan letrik sepenuh masa di zaman teknologi tinggi bagi mengurangkan tekanan perasaan rakyat yang majoriti terpaksa akur dan menyokong tindakan kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19,

“Peranan dan kerjasama rakyat Malaysia juga akhirnya membuatkan Malaysia di kenali dan di segani dalam mengawal penularan wabak COVID-19,” jelasnya.

Selain itu, Halim juga menyarankan agar TNB membantu kerajaan dengan berkerjasama sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) dalam memerangi wabak COVID-19.

“Kepekaan dan keprihatinan badan-badan GLC yang melibatkan kepentingan dan kesengsaraan rakyat yang terutama kepada golongan B40 dan M40 perlulah di dahulukan sepertimana saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membentang Pakej Khas kedua Ransangan Ekonomi baru-baru ini,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply