Home SemasaGlobal Kematian George Floyd: Trump kerah tentera AS kawal perusuh

Kematian George Floyd: Trump kerah tentera AS kawal perusuh

by Air Times News Network

WASHINGTON, 2 Jun – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengerahkan tentera bagi mengawal protes yang bertukar ganas susulan kematian seorang lelaki berkulit hitam George Floyd.

Trump berkata tindakan itu sebagai tindak balas terhadap rusuhan tersebut yang merupakan satu penghinaan dan kerajaan persekutuan mula mengambil tindakan tegas berhubung tindakan ganas perusuh.

“Saya telah menghantar ribuan tentera bersenjata dan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk menghentikan rusuhan, penjarahan, vandalisme, serangan dan kemusnahan harta benda,” kata Trump semasa bercakap di Rose Garden di White House pada Isnin.

Menurut laporan berita AFP, Trump juga mengecam tindakan protes yang disifatkannya satu penghinaan dan meminta gabenor untuk mengambil tindakan dan jika tidak beliau akan mengarahkan pasukan tentera untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita memiliki negara yang hebat. Kami memberi amaran kepada semua orang bahawa perintah berkurung pukul 7 malam akan kami kuat kuasakan dengan ketat,

“Mereka yang mengancam nyawa dan harta benda akan ditangkap, ditahan dan diadili dari segi undang-undang,

“Saya mahu pihak penganjur keganasan ini menyedari bahawa anda akan menghadapi hukuman jenayah berat dan hukuman panjang di penjara,” tegas Trump.

Rusuhan tercetus pada Selasa di beberapa bandar AS ekoran kematian Geogre Floyd lelaki kulit hitam ketika ditahan anggota polis di bandar Minneapolis.

Insiden kematian Floyd telah mencetuskan kemarahan apabila pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusian ketika menahan mangsa.

Dalam rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali didengar beliau menyatakan tidak boleh bernafas. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply