Home Semasa 354 PATI dari Depoh Imigresen dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang

354 PATI dari Depoh Imigresen dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 28 Mei – Seramai 4,399 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada di ketiga-tiga Depoh Tahanan Imigresen telah selesai menjalani saringan kesihatan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 354 PATI telah didapati positif wabak berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Kuarantin serta Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, MAEPS, Serdang.

“Sehingga 27 Mei 2020, seramai 354 PATI dari Depoh Imigresen Bukit Jalil (305), Semenyih (45) dan KLIA (4) sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan ini,

“Manakala 13 PATI di Depoh Semenyih sedang menunggu keputusan,” katanya semasa Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan seramai 353 pegawai dan kakitangan Depoh Tahanan terbabit telah menjalani saringan COVID-19 dan seorang daripadanya didapati positif wabak berkenaan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply