Home Semasa Tak payah nak tunjuk hero dalam isu PATI

Tak payah nak tunjuk hero dalam isu PATI

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 27 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Malaysia tetap melayan pendatang asing tanpa izin (PATI) secara adil dan berperikemanusiaan walaupun mereka memasuki negara ini secara haram.

Beliau berkata pemimpin politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak perlu mengambil kesempatan untuk menjadi ‘hero’ dalam soal PATI kerana kerajaan sudah bertindak sebaiknya.

“Tak baik menuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusiaan. Sebenarnya, negara lain jauh lebih teruk dalam mengendalikan PATI di negara mereka,

“Kita dah kira baik, maka tak payahlah ada kalangan pemimpin politik dan NGO mengambil kesempatan ini nak jadi hero kepada PATI,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri sedang berhubung dengan negara asal PATI untuk membawa rakyat mereka pulang ke tempat asal.

“Kami minta Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Luar untuk berbincang dengan negara asal mereka,

“Kita akan berbincang dengan negara asal supaya dapat mengambil semula rakyatnya untuk dihantar pulang kerana kita tidak mahu penjarakan mereka ini dan dapat menyelesaikan isu PATI,” ujarnya.

Ismail Sabri turut menegaskan operasi banteras PATI di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilakukan adalah bagi menggelakkan mereka terus melanggar undang-undang imigresen.

“Kalau tuduhan kata kita serbu waktu PKPD sebagai contoh di Selangor Mansion ia tidak tepat kerana selepas PKPD ditamatkan di situ takkan kita nak biarkan 586 Pati di situ bergerak bebas di mana ia melanggarkan kesalahan jika imigresen membenarkan mereka bebas,” katanya.

Katanya, mereka dibawa ke depoh tahanan untuk menjalani saringan sebanyak dua kali.

“Jika keputusan saringan adalah negatif, PATI akan dihantar pulang ke negara asal mereka,” jelasnya.

 

Related Articles

Leave a Reply