Home Semasa 824 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik

824 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 27 Mei – Sebanyak 824 kenderaan yang cuba merentas negeri diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 738 pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi adalah Selangor (284), Kedah (122) dan Melaka (113).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam membantu pihak kerajaan memerangi pandemik COVID-19 ini,

“PDRM telah mengadakan 155 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa sebanyak 127,672 kenderaan,”katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menjelaskan seramai 136 individu telah ditahan semalam, 75 daripadanya telah direman manakala 61 individu dijamin atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 534 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB,

“Daripada 266 kompaun yang dikeluarkan di Balai Polis, 25 kompaun kerana kesalahan ziarah Aidilfitri. Sebanyak 268 kompaun dikeluarkan di lapangan, yang mana 257 dikeluarkan di Sekatan Jalan Raya,” jelas Ismail Sabri. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply