Home Semasa Haramkan sekolah tahfiz jika mahu haramkan arak – Siti Kasim

Haramkan sekolah tahfiz jika mahu haramkan arak – Siti Kasim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Haramkan sekolah tahfiz sekiranya mahu mengharamkan penjualan arak, selar aktivis Siti Zabedah Kasim.

Kenyataan ini dibuat susulan tindakan PAS yang mencadangkan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

“Alkohol bukan masalah. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalah sebenar. Sama seperti sekolah tahfiz, ia bukan masalah tetapi pihak pengurusan sekolah itu yang bermasalah,

“Anda (PAS) mahu mengharamkan arak hanya kerana ia menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan sekolah-sekolah tahfiz juga kerana ia menjadi punca kerosakan anak-anak yang tidak bersalah,” kata Siti Kasim dalam hantaran di laman Facebooknya.

Siti Kasim menegaskan parti itu tidak seharusnya menghalang individu lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

“Anda (PAS) tidak boleh mengenakan akhlak, kepercayaan dan nilai kepada orang lain. Hanya kerana anda tidak suka, anda tidak patut menghalang orang lain daripada menikmatinya (minum arah),” ujar beliau yang juga dikenali sebagai peguam hak asasi manusia.

Sebelum ini, PAS mencadangkan agar kerajaan segera menggantung semua pengeluaran, perniagaan serta penjualan arak sehingga semua langkah baharu diambil bagi menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, dalam tempoh penggantungan tersebut, kerajaan Perikatan Nasional perlu menubuh Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian dalam menangani kes berkenaan.

“PAS menggesa Jabatan Kastam dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkhohol secara terbuka di rangkaian kedai serbaneka 24 jam,

“Nyawa orang awam adalah satu keutamaan kerana hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya,

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia di tempat ke-10 di dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply