Home Politik Sidang Dewan Rakyat tetap berlangsung sehari sahaja – Takiyuddin

Sidang Dewan Rakyat tetap berlangsung sehari sahaja – Takiyuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2020 tetap diadakan sehari sahaja.

Beliau berkata tempoh sehari persidangan itu mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai diadakan pada masa ini dalam rangka mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Susunan kedudukan Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai untuk mengamalkan penjarakan sosial bagi menjamin semua ahli Dewan dapat mengambil bahagian dalam ruang lingkup Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

Menurut Takiyuddin, memandangkan kesan yang dialami oleh rakyat perseorangan, peniagaan dan juga syarikat-syarikat ekoran penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan telah bersetuju mengemukakan beberapa Rang Undang-Undang yang berkaitan bagi dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada bulan Julai 2020,” katanya.

Pada 23 Apr lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membantah keputusan Parlimen yang menghadkan persidangan Dewan Rakyat yang sehari pada 18 Mei 2020. – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply