Home Semasa Kementerian Komunikasi edar ‘Pek Kesedaran’ perangi COVID-19

Kementerian Komunikasi edar ‘Pek Kesedaran’ perangi COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengedarkan sebanyak 120,000 unit Pek Kesedaran kepada penghantar makanan dan pelanggan Grabfood melalui Kempen ‘Memerangi COVID-19 Bersama KKMM’ dalam usaha mengekang penularan wabak pandemik berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kempen ini dilaksanakan untuk memberi lebih kesedaran kepada masyarakat berkenaan kepentingan penjagaan kebersihan dan menggalakkan mereka untuk terus kekal di rumah.

“Ia selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 12 Mei depan,

Beliau berkata, melalui kempen ini, pek kesedaran yang mengandungi topeng penutup hidung dan mulut, risalah, pelekat dan magnet peti ais COVID-19 akan diedarkan kepada penghantar makanan dan pelanggan GrabFood di kawasan Lembah Klang.

“Saya percaya sejak PKP berkuat kuasa, masyarakat Malaysia khususnya di Lembah Klang lebih selesa membuat pembelian menerusi aplikasi dalam talian,

“Justeru, menerusi kempen yang akan berlangsung sehingga PKP berakhir, masyarakat tidak kira pekerja barisan hadapan mahupun orang awam akan diberi lebih kesedaran berkenaan kepentingan penjagaan kebersihan dan menggalakkan mereka untuk terus kekal di rumah bagi mencegah penularan pendemik COVID-19,” jelas Zahidi dalam kenyataan hari ini.

Zahidi turut menyeru orang ramai untuk terus kekal dirumah bagi memutuskan rantaian wabak pandemik ini serta mengelakkan menyebarkan berita palsu.

Related Articles

Leave a Reply