Home Semasa Tindakan Malaysia halang kemasukan warga Rohingya langgar tanggungjawab kemanusiaan

Tindakan Malaysia halang kemasukan warga Rohingya langgar tanggungjawab kemanusiaan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Dewan Rohingya Eropah (The European Rohingya Council, TERC) menegaskan tindakan Malaysia menghalang kemasukan bot Rohingya pada 16 April lalu adalah melanggar tanggungjawab kemanusiaan.

Duta TERC ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi dalam satu kenyataan berkata, undang-undang antarabangsa mewajibkan mana-mana negara untuk melindungi pelarian yang mendarat di tempat mereka.

“Sepatutnya Malaysia perlu menerima pelarian Rohingya secara terbuka dan menempatkan mereka di satu pusat kuarantin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan,” kata Tengku Emma.

Beliau turut menegaskan tindakan Malaysia untuk tidak menerima pendatang Rohingya pada baru-baru ini adalah membahayakan nyawa mereka. Tambahan pula, negara turut aktif menggerakkan operasi menghalang kemasukan pelarian dari Myanmar.

“Dengan keadaan bot pelarian dihalang masuk ke negara ini, penyeludup yang mengawal kapal tersebut akan mencari jalan lain untuk memasuki Malaysia atau negara jiran,

“Ini sekaligus menyebabkan kami kehilangan peluang untuk melakukan saringan kesihatan terhadap pelarian Rohingya bagi menghalang penyebaran wabak COVID-19,” kata Tengku Emma.

Beliau menambah, pihak TERC faham akan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia dalam situasi semasa.

“Namun, kami tetap merayu agar kerajaan Malaysia untuk berlembut hati (membenarkan Rohingya mendarat) atas dasar kemanusian terhadap puak minoriti yang paling ditindas dalam dunia,” katanya.

Menurut Tengku Emma, pelarian Rohingya sedang terdesak untuk mencari perlindungan dari penindasan di Myanmar dan juga di kem pelarian di Bangladesh.

“Kami menyeru semua kerajaan di rantau Asia Tenggara untuk membenarkan pelarian Rohingya mendarat bagi menghalang krisis kemanusiaan yang baharu pada ketika menghadapi ancaman wabak COVID-19,

“Pihak kami amat berterima kasih dengan Malaysia kerana menjaga pelarian Rohingya pada satu ketika dahulu. Namun, kami merayu agar peluang yang sama diberikan kepada mereka yang sedang menunggu di laut,” ujarnya.

Tengku Emma turut menyatakan kesediaan pihak TERC untuk membantu kerajaan Malaysia dalam menguruskan kedatangan warga Rohingya ke negara ini.

Related Articles

5 comments

Sha 22 April 2020 - 11:40 pm

Ko lh amik letak lat umh ko pastu ko test lh sdri covid tu.. guna duit ko… rakyat mlysia sdri pon masih ada yg merempat taw…. byk lg nk kena tolong…

Reply
ColourFall Florist & Fashion 23 April 2020 - 3:44 am

Tutup mulutlah Malaysia Umbang Ambing nak sorok pendatang pula kat Malaysia. Dahlah musim penyakit lagi nak terima penyakit ke. Tegok China sekarang sekat orang. Kami rakyat tak nak terima ok sorry ya…. Ada kerja

Reply
Gesa Malaysia benarkan pelarian Rohingya masuk, Tengku Emma diburu netizen 23 April 2020 - 2:28 pm

[…] : Malay Mail, Air Times & […]

Reply
Hamba 23 April 2020 - 6:12 pm

Kami sebagai rakyat malaysia x terima rohingya. Bla laaa

Reply
Anis 23 April 2020 - 9:15 pm

no no no..cannot..tak boleh…terlalu ramai pelarian dan bangsa asing di Malaysia yang sudah pandai meminta2 dan memijak kepala rakyat Malaysia…rakyat Malaysia lagi perlu di bantu dari kemiskinan…ramai lagi rakyat malaysia yang miskin dan bergelandangan…dan puak mereka ini juga teramat kurang ajar dan biadap…maaf…kami tak terima kalian

Reply

Leave a Reply