Home Semasa COVID-19: Warga Pakistan korban ke-65 di Malaysia

COVID-19: Warga Pakistan korban ke-65 di Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang lelaki warga Pakistan menjadi mangsa korban ke-65 wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata pesakit tersebut berumur 69 tahun merupakan kes ke 1,906 dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

“Pesakit juga mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 April 2020 jam 9.30 pagi,

“Kematian ke-64 pula (kes ke-2,903) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi,

“Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 April 2020 jam 3.20 petang,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat jam 12.00 tengahari tadi terdapat 156 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kes jangkitan sebanyak 4, 119 kes.

“Manakala jumlah pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 166 kes,

“Ini menjadikan jumlah kes kumulatif yang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad seramai 1,487 kes atau 36.1 peratus daripada jumlah kes keseluruhan,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga kini adalah seramai 76 kes dan 45 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

Related Articles

Leave a Reply