Home GlobalCOVID-19: Brunei catat korban pertama

COVID-19: Brunei catat korban pertama

by Bernama
A+A-
Reset

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Brunei melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua.

Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes COVID-19 ke-25.

Satu lagi kes baharu dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115 – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply