Home Semasa COVID-19: Kerajaan China hulur bantuan peralatan perubatan ke Malaysia

COVID-19: Kerajaan China hulur bantuan peralatan perubatan ke Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Kerajaan China telah menghulurkan bantuan pertama peralatan perubatan kepada Malaysia bagi menangani penularan wabak COVID-19, hari ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi hantaran Facebooknya berkata, Kedutaan China di Malaysia telah memaklumkan bantuan itu sudah dalam perjalanan untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Terima kasih kepada kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian (Duta China ke Malaysia) semasa perjumpaan kami – bukit sama didaki, lurah sama dituruni!,” kata Hishammuddin.

Menerusi hantaran itu juga, Hishammuddin berkata pada Isnin lalu, beliau telah bertemu dengan Bai Tian di Wisma Putra untuk berbincang mengenai bantuan yang akan disalurkan oleh kerajaan China bagi membantu Malaysia menangani wabak COVID-19.

“Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk dapatkan bantuan facemask, hand sanitizer, kit ujian COVID19 dan lain-lain,” ujarnya.

Sementara itu, Kedutaaan China menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi berkata, kumpulan pertama bantuan perubatan dari China sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

 

Related Articles

Leave a Reply