Home SemasaGlobal Amerika isytihar darurat akibat wabak COVID-19

Amerika isytihar darurat akibat wabak COVID-19

by M.Daim

WASHINGTON, 14 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengisytiharkan wabak koronavirus-2019 (COVID-19) sebagai darurat.

Pengisytiharan dibuat oleh Trump di White House pada hari Jumaat.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan pengisytiharan darurat sekaligus membenarkan pembiayaan US$ 50 bilion bagi membanteras pandemik.

“Peruntukan akan digunakan kepada wilayah yang terjejas akibat wabak COVID-19,” katanya.

Sehingga kini Amerika Syarikat telah mencatatkan sebanyak 1,629 kes jangkitan dan 41 kematian akibat wabak membawa maut itu.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat memperincikan punca kes jangkitan COVID-19 di negara itu. Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,362 kes jangkitan merupakan kes yang disiasat. Selain itu, sebanyak 138 kes adalah berpunca dari perjalanan luar negara sementara 129 kes lagi melibatkan kontak rapat pesakit.

 

Related Articles

Leave a Reply