Home Semasa Sektor pelancongan negara kerugian RM 3.37 bilion akibat wabak COVID-19

Sektor pelancongan negara kerugian RM 3.37 bilion akibat wabak COVID-19

by M.Daim

PUTRAJAYA, 14 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan wabak koronavirus-2019 (COVID-19) telah menyebabkan negara mengalami kerugian dalam sektor pelancongan.

“Anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion,

“Kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion,” kata Muhyiddin dalam Perutusan Perdana Menteri berkenaan COVID-19 yang disiarkan ke seluruh negara, semalam.

Beliau turut menjelaskan pihak kerajaan sedar akan kesan wabak kepada ekonomi negara dan berjanji untuk memastikan perancangan yang terkandung dalam pakej ransangan ekonomi dilaksanakan sepenuhnya.

“Kerajaan akan memastikan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan akan dipantau pelaksanaannya supaya kesannya akan dapat dirasai oleh anda semua dengan segera,

“Saya sendiri diberikan laporan mengenai COVID 19 secara harian oleh Jawatankuasa Khas yang dipimpin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ini membolehkan langkah-langkah terkini diambil untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku.

“Saya juga telah diberi jaminan bahawa bekalan barang-barang keperluan adalah mencukupi,” ujarnya.

Pada 12 Mac, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai wabak pandemik berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan di seluruh dunia.

Semalam, KKM telah melaporkan sebanyak 39 kes baharu COVID-19 dikesan di negara ini. Jumlah kumulatif jangkitan adalah sebanyak 197 kes.

Related Articles

Leave a Reply