Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di China akan dibawa pulang dalam masa terdekat

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di China akan dibawa pulang dalam masa terdekat

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan pihaknya sentiasa berhubung dan memantau perkembangan terkini 15 warga TLDM yang masih berada di China.

Menurut TLDM, anggota yang berada di Qidong dan Shanghai adalah bebas dari jangkitan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV).

TLDM dalam satu kenyataannya hari ini berkata, TLDM sedang dalam usaha untuk menguruskan pergerakan pulang 15 anggota itu kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Anggota TLDM berada di China terlibat dalam projek pembinaan Kapal Misi Pesisir (LMS) sejak Jul 2017.

“TLDM telah menghantar 45 orang Bakal Warga Kapal LMS Kedua (SUNDANG) sejak 5 Nov 19 ke Qidong, Shanghai bagi mengikuti latihan penyesuaian dan seterusnya membawa pulang SUNDANG ke Malaysia pada pertengahan April 2020,

“Daripada jumlah tersebut, seramai 42 orang telah pulang ke Malaysia susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina sejak 17 Jan 20 manakala baki 15 orang lagi masih berada di Qidong, Shanghai,” jelasnya

Markas Tenteta Laut menyatakan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan rapi dari semasa ke semasa dan TLDM amat prihatin terhadap kebajikan warga khususnya dari aspek kesihatan.

“Diharapkan tiada sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau palsu disalurkan berkenaan Koronavirus yang melibatkan projek LMS sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam,” tambah kenyataan itu lagi.

Pada masa yang sama, TLDM menegaskan sebarang maklumat lanjut akan dihebahkan melalui saluran rasmi TLDM.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani Kontrak Perolehan 4 buah LMS dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 17 melibatkan kesemua 4 buah kapal dibina di Wuhan, China. Bagi tujuan pemantauan projek pembinaan kapal di Wuhan, TLDM telah menubuhkan Pasukan Projek LMS TLDM (PPLMS TLDM) sejak 8 Jul 2017.

Related Articles

Leave a Reply