Home SemasaGlobal Coronavirus tawan hampir 80% China, 7711 disahkan jangkiti wabak membawa maut

Coronavirus tawan hampir 80% China, 7711 disahkan jangkiti wabak membawa maut

by M.Daim

BEIJING, 30 Jan – Jabatan Kesihatan China hari ini mengesahkan hampir keseluruhan negara itu telah dijangkiti oleh wabak novel coronavirus (2019-nCoV).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, sebanyak 31 wilayah negara itu telah dijangkiti 2019-nCoV dengan 1737 kes jangkitan baharu telah dilaporkan setakat 12 tengah malam tadi.

Jumlah tersebut merangkumi kes pertama yang berlaku di Tibet.

“Sebanyak 131 kes dilaporkan kritikal dan 38 kematian dicatatkan. Satu kes kematian baharu dicatatkan di Sichuan dan 37 kes kematian di Hubei,

“21 kes telah berjaya dipulihkan dengan 4148 kes masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan kesihatan Negara China.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan jangkitan wabak 2019-nCoV di China adalah sebanyak 7711 kes jangkitan dengan 170 kematian dan 124 kes pesakit telah berjaya disembuhkan.

China mempunyai sebanyak 34 wilayah di seluruh negara. Jumlah ini tidak termasuk 5 wilayah autonomi di Guangxi, Inner Mongolia, Tibet, Ningxia, dan Xinjiang. Wilayah Hong Kong dan Macau masing-masing merupakan 2 wilayah khas dalam negara itu.

 

Related Articles

Leave a Reply