Home Semasa Malaysia bincang dengan China, sedia bawa pulang rakyat berada di Wuhan

Malaysia bincang dengan China, sedia bawa pulang rakyat berada di Wuhan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 29 Jan – Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan pihak kerajaan China bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perbincangan antara kerajaan Malaysia akan meminta kebenaran dari China untuk membawa keluar rakyat Malaysia yang tidak sakit untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Rakyat Malaysia di Wuhan tidak dibenarkan keluar dari bandar itu. Kita ingin berunding dengan kerajaan China agar rakyat Malaysia yang tidak sakit boleh pulang,” kata Perdana Menteri semasa sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, pada ketika ini seramai 78 orang rakyat Malaysia dikenalpasti berada di Wuhan.

“Usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan akan memerlukan kebenaran dengan kerajaan China,” ujar beliau.

Tun Mahathir menambah, bekalan makanan di Wuhan semakin berkurangan dan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia berada di bandar itu.

“Kita berminat untuk membantu Wuhan, jika kita dibenarkan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, kita akan membawa barang bantuan kepada Wuhan termasuk topeng muka dan sarung tangan” kata Tun.

Selain daripada itu, beliau menyatakan rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang akan menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di mana-mana 26 buah hospital yang disediakan oleh kerajaan.

Related Articles

1 comment

82 rakyat Malaysia di Wuhan bebas jangkitan coronavirus – Air Times News Network 30 January 2020 - 9:35 am

[…] Mahathir berkata, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China bagi tujuan […]

Reply

Leave a Reply